Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap terletak di kawasan seluas 7.5ekar. Kawasan bangunan 5.5 dan kawasan berumput 3ekar dan kawasan berumput 2ekar. Ia terletak berhampiran Pekan Bagan Terap,Mukim Sungai Panjang dan dalam Daerah Sabak Bernam. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada 3 januari 1977. Jumlah pelajar nya ketika itu seramai 157orang dalam tingkatan satu. Gurunya pula seramai 7 orang dan pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Jamil Bin Kudu sementara Guru Penolong Kanannya pula ialah En. Hamzah Bin Hussien. Perasmian penubuhan hanya mempunyai 2 blok bangunan yang mengandungi kelas dan pejabat, 2 unit rumah guru yang ditempatkan di sekolah dan sebuah kantin. Pada pertengahan tahun 1981,2blok bangunan baru dibina.pada tahun 1981 sekolah memulakan pengambilan pelajar tingkatan 4 & 5 aliran sastera.awal tahun 1994, 2 blok bangunan asrama harian dan 1 blok bengkel kemahiran hidup mula dibina untuk menampung kekurangan bilik dan bilik guru dan mula digunakan pada awal tahun 2000.
Pelajar-pelajar SMK Bagan Terap datang dari sekolah kebangsaan sekitarnya seperti SK Bagan Terap, SK Lubok Pusing, SK Tok Halifah, SK Seri Bahagia, SK Binjai Jaya, SK Simpang Lima dan lain-lain. Kebanyakan pelajar SMK Bagan Terap ibu bapa mereka seperti guru, pesawah padi, pekebun kecil kelapa/kelapa sawit dan peniaga kecil Pada tahun 2000 sekolah telah menerima pengetua baru,Pn.Rosnah Binti Selamat yang telah memperkenalkan perancangan strategik sekolah untuk tempoh 2001-2005. Impak daripada perancangan strategik ini, sekolah telah menjadi terkenal bukan sahaja dalam daerah tetapi juga diperingkat negeri dan kebangsaan kerana telah mancapai banyak kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Antara kejayaan sekolah sepanjang tempoh 2001-2005 di perinkat kebangsaan ialah menerima anugerah sekolah menengah harapan negara 2003, anugerah pengurusan asrama cemerlang 2003, anugerah sekolah selamat 2003, anugerah sekolah bestari 2003 dan tempat keempat anugerah kualiti pendidikan malaysia.pada tahun 2007 lagi 1 blok 4 tingkat telah dibina untuk menjadikan semua pelajar belajar di sesi pagi. Selain kejayaan tersebut, sekolah juga telah mendapat banyak kemudahan hasil sumbangan komuniti, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Antara sumbangan besar daripada komuniti yang diperoleh, ialah Dataran Nilam , Dataran Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.Kawasan sekolah menjadi bersih, ceria dan berinformasi.